Miss Peah Talkactive
Hello! Wallo!

Assalamualaikum!Welcome to this fantastic world guys . I am strong, I know I am , But some days I wish I wasn't. I wish someone would be strong for me instead. I don't need anyone who doesn't need me . I always ignore the ones who adore me and the one who ignore me . To me Not Eveything is meant to be BUT everything is worth a try .Over thinking does kill your happiness. All i'm saying is real feelings don't just disappear . If anything that i write will make you feel uncomfortable PLEASE leave ! Thank You guys . Do Not Judge Me Before You Know Who Am I :)


Diaries About Linkies Stuff



Assalammmualaikum.
hmmm. harini 14/july/2013.
aku nak tulis tentang seseorang yang aku sangat rindu.
before tuh nak bagitahu. actually aku tulis harini sebab tadi pergi ziarah nenek depan rumah aku
Dia sakit.  Dah lame dia sakit tapi baru dibawak kehospital.
tadi masa ziarah dia ,aku cube tahan diri untuk tak nangis. tapi akak aku tibe tibe nangis. 
Aku tak tahan daaa.... sebak sangat hati ni. macam macam datang dekat otak. benda yang tak semena-mena pun aku ingat. Yes. nenek tuh sekadar jiran. yang langsung takde pertalian darah dengan family aku.
Tapi mane mungkin au tak sebak wei , aku kenal die dari aku lahir. susah  senang suka duka pahit manis semua dia tahu. Aku tetap anggap dia nenek aku. Bila nampak die nazak aku tak tahu nak cakap ape. 
Aku takkan lupa bila die menangis mase tangan aku retak time darjah 4 dulu. and sekali lagi dia nangis bila tengok aku kene jahit mase darjah 6. siap cium pipi aku. Dia layan aku macam cucu why not aku anggap die nenek aku. Ya Allah  jika dah sampai ajal die. kau ambil lah nyawa dia secara baik. aku tak sampai hati langsung nak tengok dia sakit. die terseksa. Aku sedih :( biar dia pergi and ditempatkan dikalangan orang beriman dari dia sakit terlantar macam tuh .
Bila tengok kedaan dia tadi , aku terus teringat arwah atuk aku (nenek). Agaknya macam tuh la arwah atuk mase dia sakit dulu kan. Atuk dulu masuk hospital Johor and meninggal kat sane. Aku tak dapat duduk dekat dengan atuk mase tuh. sedih Ya Allah. duduk rumah tunggu Abah bawak atuk balik.Tapi Allah lebih sayangkan atuk. Atuk meninggal kat sane. Kalau aku boleh putar balik mase memang aku akan ikut Abah malam tuh. Tapi takda rezeki aku nak dekat dengan atuk saat saat akhir dia dulu.
Aku selalu doa dapat jumpa arwah atuk dalam mimpi. sebab aku rindu dia sangat sangat, tapi Allah belum izinkan .InshaAllah, satu hari nanti aku dapat gak tatap muka atuk. Allah tahu aku sayang dia. Allah taknak aku sedih kot. aku redha.
Orang takkan paham . Dari aku lahir atuk yang banyak jaga aku. Aku rapat teramat sangat dengan arwah atuk. sampaikan sometime tuh aku tak heran pun kalau mak and abah takde. yang penting atuk ade. bila atuk takde. terasa sangat kehilangan. Aku tak pernanh terfikirpun akan kehilangan atuk secepat tuh. aku selalu berangan yang atuk akan dapat tengok aku berjaya. And aku rase kalau arwah atuk masih ada. mesti aku takperlukan sape-sape pun untuk dengar cerita aku. and aku pasti aku takkan masuk asrama dulu. sebab aku sentiasa nak atuk ada dekat dengan aku :( Ya Allah .............
Now yang ada depan mate, aku tak mampu buat apa-apa. sebab aku cune jiran je. tolong ape yang mampu. sebab cikmon dah banyak tolong family aku. susah senang , ape-ape pun sampai bila-bila pun dia Jiran aku.
 Aku sentiasa doakan dia. Jika dia ditakdirkan pergi dalam waktu terdekat biarlah dia pergi .Semoga Allah bahagiakan dia kat sana. amin~

 -Ya Allah kau tetapkanlah ape yang terbaik-